Syarat-Syarat & Etika Semasa Berforum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, selamat datang ke Forum USM. Sila klik Forum untuk mengambil bahagian dalam forum.

Syarat-Syarat & Etika Semasa Berforum

Pihak pentadbir forum tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang dikirimkan dan/atau disiarkan oleh mana-mana pengguna FORUM USM. Kami tidak menjamin sebarang ketepatan, kelengkapan atau kebergunaan mana-mana mesej atau maklumat, dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana mesej atau maklumat.

Sebarang mesej atau maklumat adalah hasil pandangan peribadi penulis atau ahli yang menulis mesej tersebut, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan pihak pentadbir FORUM USM.

Anda setuju, menerusi penggunaan sebarang perkhidmatan di tapak web ini, bahawa anda tidak akan menggunakannya untuk mengirimkan sebarang bahan atau maklumat yang diketahui:

1. Palsu dan/atau berunsur fitnah.
2. Tidak tepat atau tidak relevan dengan tajuk topik atau ´thread´.
3. Mendera.
4. Kebencian.
5. Biadab.
6. Mengganggu perasaan.
7. Mengugut.
8. Lucah.
9. Berbau seks.
10. Mengancam.
11. Mengganggu Privasi seseorang.
12. Melanggar sebarang peraturan atau undang-undang negara.
13. Isu-isu sensitif kerajaan.
14. Isu berbau perkauman yang boleh menyebabkan pergaduhan.
15. Membuka topik yang telah sedia ada, iaitu secara “double posting”
16. Membuka topik yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli.
17. Kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain.
18. Kiriman berjenis berantai atau karut seperti yang mengandungi “please forward this message to everyone in your contact list…”
19. Menggunakan “quote” atau mengirim semula gambar yg telah di post oleh ahli lain tanpa sebab tertentu.
20. Jangan kirimkan nombor telefon atau alamat e-mail milik orang lain di dalam forum.

Pihak pengurus FORUM USM juga berhak membatalkan atau menghalang akaun mana-mana ahli yang didapati melanggar peraturan berforum.

SELAMAT BERFORUM!~

Yang menjalankan tugas,
Admin FORUM USM

Hubungi kami : pentadbir_forum @ usm.my

Categories: Uncategorized | Leave a comment